Thursday 20 December 2012

PMR Bukanlah Penentu Masa Hadapan

Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi nyawa kepada kita untuk meneruskan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini.

Manusia tidak pernah lari daripada masalah. Tak kiralah budak kecik ke, besar ke, pak guard ke, guru kaunseling ke, Perdana Menteri ke, Imam Masjid ke, semuanya ada masalah. Cuma masalah yang menimpa berbeza-beza mengikut kemampuan masing-2.

Semalam, result PMR diumumkan. Ada yang gembira sampai nangis-2, ada yang sedih tapi pendam, ada yang slumber, dan macam-2 lagi. Tahun ni, maybe KAKA mencatat sejarah. Terlalu sedih dan mengecewakan. Sikit sangat bilangan yang dapat straight A’s berbanding tahun-2 lepas. Bukan KAKA je yang turun, hampir semua sekolah kat Malaysia kot. Sampai masuk News pasal keputusan PMR merosot.

Kami, 97’s ingat, tahun-2 last PMR ni, makin senang laa soalan. But actually, tak langsung. Memang shock laa bila belek-2 kertas soalan. Rasa down je nak jawab exam, study. Hari-2 wajib ah itah main congkak, makan maggi Cikgu Jaa jual dan lepak-2 dengar Maria bercerita. Plus, masa PMR berlangsung, ramai yang sakit malam-2. Itah memang pasrah awal-2 dah dengan result nanti. Huhu.

Ramai tanya, “Itah, tak debar ke result nanti” Honestly, itah tak rasa sebab masa jawab exam lagi dah redha je dengan result. Memang pasrah habis-habisan ah. itah cuma mintak result yang terbaik untuk masa depan dan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah. Alhamdulillah, He knows The Best. I don’t ask for something perfect, just it is The Best for me.

Kalau result PMR kurang memuaskan sekalipun, tak bermakna kita gagal seumur hidup. Baru PMR weh, chill okay? Masih jauh lagi perjalanan. Ada masa lagi untuk kita perbaiki, buktikan kepada semua yang kita pun boleh cemerlang, boleh membanggakan ibu, ayah, cikgu-2. Allah akan bagi, jika Dia menghendakinya. Begitu jugak sebaliknya. Sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T. Lagipun ni baru exam dunia, bukannya akhirat.
Allah tengok usaha, bukan hasil
Allah Give, Allah Take. Allah akan bagi selagi kita masih bersyukur. Result okay ke tak, just buat sujud syukur. Simple je, tapi tak ramai yang buat.
Jom fikir positif. Tak dapat result yang kita impikan sekarang sebab maybe Allah nak bagi yang lebih baik daripada tu. Bila? Hanya Allah yang tahu. Kita tak tahu apa yang akan berlaku untuk future. 
So, just give (your future) to Allah. He knows Everything Best as He’s Al-Alim, The All Knowing.
Kita kena sedar bahawa semua orang ada masalah. Sebab apa? Sebab Allah sayangkan kita. Allah tak pernah lupakan kita dengan menguji kita supaya kita menjadi lebih sabar dan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
“Whatever happen, there might be a reason after that..”
InsyaAllah kita akan menjadi seorang yang lebih sabar jika berfikiran positif.

Belajar untuk belajar daripada kesilapan. Belajar untuk menerima takdir yang Allah tentukan. Belajar untuk redha dengan segala ketetapan-Nya. Sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri yang kekadang kita tidak sedari kerana kita hanya tahu menyalahkan takdir dan malas untuk mencari hikmah disebalik sesuatu itu :)

 Sekian, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment