Friday 6 September 2013

Change

Mummy tegur, Opah tegur, Auntiesss tegur.
Tegur itah cakap dok betul. Opss, guna bahsa tak betul. Ok, lebih spesifik, guna bahasa Terengganu pekat sampai orang tak faham. Start duk Kaka, lidah aku memang betul-2 berubah. Masa awal-2 form 1 okaylah sikit lidah still betul. Pastu tetiba jadi dah terbiasa pulaks dengan bahasa Ganu nih. Farahana cakap itah dulu koya. Bukan itah je, sesapa yang cakap ala- ala bandar la. Sebab sapa-2 tak kira asal mana, bila duk Terengganu kena lah cakap Ganu. huhuuu. Tapi sekolah kat kemaman kebanyakan cakap bandar. Nok wat gane agi orkk? haha. Adoii jadi isu pulaks dah menda nih.

Ok, yang "meng-bengkak-kan" saya masa dalam kereta baruni, masa mummy buat yang ke-banyak kalinya tegur, tetiba, Luqman, si budak 7 tahun sibuk menyampuk.
"Ermm, yelah. Man pun tak faham gak kakak cakap menda."
=,=
Dah banyak kali teguran ni berulang. Pastu baru nih pergi beli Cool Blog. Si penjual tu habis sedap cakap luar. Itah ni, gi balas Ganu gok. Last-2 dye rezak kot. Pastu sama-2 cakap ganu. hahaha. Kan senang. Kalau Ganu tu cakap jelah Ganu. Kangg ada kat Bumi Ganu ni. Tapi memang itah nak tukar jugak lidah ni semula. Kalau cakap dalam phone, dengan parents boleh tahan lah lagi cover. Tapi kalau dengan orang lain, sorry to say la, Ganu pekat ambe cakap. Kadang-2 rasa malu ah jugak sebab kita yang ter-over ckap Ganu. Eh, tapi kalau dengan budak-2 umur macam Man dan Aisyah tu, lidah key ill pulak keluar hahaha. Macam-macam.

Pastu kalau cakap dengan laki *just for important thing for sure*. Dulu guna aku, kau. Sekarang aku, mu. Experiment ini telah membuktikan bahawa panggilan turut memainkan peranan dalam percakapan seharian. Kalau guna aku kau, cakap luar, lembut siket lah kot daripada aku mu. Kalau aku mu terus keluar lidah Terengganu. How can that be huh?

Sedang belajar memperbetulkan lidah. Nanti kalau nak buat presentation dekat Universtiti, susah, kaaaan? For me jelah kot susah. Jangan ketawakan itah yep bila lidah cuba dalam proses diperbetulkan. Dan jangan cakap itah koya ;p

No comments:

Post a Comment